Tuesday 5 December 2017

KAPIT, UNIKNYA RUMAH PANJANG & ALAM SEMULA JADI
SIRI 3

23 April 2016 Seawal  5pg kami dah bangun bersiap2. Hari ini aktiviti memang amat menarik dan mencabar. Tepat jam 6.30 pagi turun ke bawah berjalan kaki ke Gelanggang Kenyalang untuk bersarapan. Macam2 ada kat sini. Cakap aje nak makan apa. Kami order menu yang berlainan sebab nak rasa semua kalau boleh. Roti canai goreng, laksa sarawak, nasi lemak dan  mee rebus. Memang puas hati. Semua sedap. Perut aje tak boleh nak isi banyak2.

Destinasi ke 2, pasar pagi... macam2 ada. Mula2 teruja dengan ulam-ulam yang segar dan bermacam2. Pastu lalu pulak kat pat esotik. Hu hu huu... yang ini kadang2 nak termuntah pun ada.. cer lihat apa ada....

Puas tengok bermacam2 benda pelik destinasi ke 3 kami ke Sekolah Kebangsaan ... Cantik sungguh suasana ditepi Sungai Rajang. Tapi apa yang lebih kagum adalah kelas yang bersih teratur dan kemas. Eh... murid2 sekolah bandar pun tak sehebat mereka. Mereka duduk di asrama sejak kecil kerana rumah2 mereka jauh di pendalaman.....
Destinasi ke 4, Suasana rumah panjang 4 segi. Lama kami memerhatikan dari jauh keadaan rumah tersebut.....

Destinasi ke 5, highway belum siap. apa lagi kami berposing ditengah2 highway. Lepas ni tak boleh buat macam ni lagi.

Tengahari kami di bawa ke restoran di hospital untuk makan tengahari. Sedap aje makan di Sarawak ni. Nurul tak habis2 dengan mee goreng basah. Sedapppp katanya...Kami balik ke hotel untuk mandi dan solat jamak. Pukul 2 petang kami diminta turun untuk destinasi berikutnya.

Tepat jam 2 petang, kami dibawa ke destinasi ke 6 kg.... rumah panjang tradisional. Hujung kg. Tak ada jalan dah. Di tengah-tengah hutan belantara. Subhanallah... memang pengalaman ini tak boleh dijual beli. Satu suasana yang sungguh cantik dengan alam semula jadi berlatar belakangkan hutan rimba dan sungai rajang pemandangan di sepanjang perjalanan ke sana.
Jembatan - jalan masuk ke rumah panjang tardisional



 Haa Tu dia... Tengkorak warisan rumah panjang
Berposing dalam hujan
Papa di ruang pelantar di rumah panjang
Sedang kami mengkagumi ciptaan Allah yang masih belum diusik, kami hairan kenapa dalam hutan tak ada monyet. Kalau di sini ada hutan ada monyet. Bila diajukan soalan pada cikgu Kuek jawapannya buat kami gelak sakan. Monyet habis dibuat lauk!!!! Bukan sahaja monyet ular, biawak, musang semua pupus...N

Jam 3petang kami sampai di kg tersebut. Masa sampai hujan masih trun tapi tak lebat. Kami takut2 pijak rumput bimbang ada pacat. Tapi istimewa kat Kapit tak ada pacat. Wow bestnya. Terdapt tangga untuk turun kebawah. Lepas tu ada jembatan batu merentangi anak sungai. Cantik sungguh. Damai. mulalah dengki sebab kat KL yang ada jem..L..

Kami disambut mesra oleh tuan rumah panjang. Anak tuan rumah ni bekas anak muris cikgu Kuek. Mereka amat menghormati cikgu. Kami dilayan dengan baik sekali. Subhanallah... Terkejut aku... sebelah atas kepala aku ada sebongkah tengkorak lama. Ori tau!!. Nama pun rumah panjang. Memang panjang. Lengoh kaki kami berjalan dari hujung ke hujung. Komen sikit... rumah panjang ni di luarnya teramat bersih. Nak jumpa secubit sampah pun tak ada. Tak ada apa2 perabot di bahagian luar tempat berkumpul. Di bahagian dalam lengkap dengan keperluan rumah. tapi masih kemas dan bersih.

Selepas beramah mesra kami minta diri dan ke destinasi ke 7... Rumah panjang moden. Memang moden pun. di perbuat dari batu tapi masih kemas dan bersih. Bahagian dalam fullamak mengalahkan bunglo kat KL.

Akhir sekali Destinasi ke 8 kami di bawa ke sekolah rendah dihujung kg ditepi Sungai Rajang. Sampai di sama kami turun ke bawah melalui tangga. Haa.. balik ni memang penat nak daki semula. Selepas itu ada jembatan gantung. Yes!!AAA ini yang kami nanti2kan.... Pengalaman melalui jambatan gantung. Panjangnya. Sara mula2 lalu hampir merangkak. Terjerit- jerit. Kami memang enjoy. Diseberang nya ada sekolah berasrama menempatkan murid2 yang duduk jauh dipendalaman. Sekolah mereka cantik bersih.

Selepas puas melawat di sekitar kapit Jam 6.00 malam kami bergerak balik dan singgah di sekolah menengah Kebangsaan Kapit. Sekolah yang moden. Lengkap dengan asrama. Bertaraf Universiti. Sampai di hotel, kami mandi, solat dan keluar semula untuk makan malam di tempat yang sama tapi menu yang berlainan sebab tukang masaknya memang hebat. Oleh kerana malam ini malam reakhir di Kapit kami bergambar dengan taukey kedai Us... Jam 10 malam kami balik hotel. ByeI.. Selamat malamm...


Monday 31 October 2016

JOM KITA MENYUSURI SUNGAI RAJANG KE KAPIT
SIRI 2

22 April 2016.... Di Sibu Subuh awal sejam dari waktu di KL. Seawal jam 5pg lah kami kena bangun solat subuh. Jam 6.30 pagi dah terang benderang, kami turun ke bawah untuk sarapan. Pakej sarapan yang kami terima adalah 4 dewasa jadi hanya Maisarah sahaja yang kami bayar. Sungguh jimat. Menu sarapan.... Semua anak-anak aku puas hati. banyak juga pilihan. Alhamdulillah sedap dan halal (JAKIM). Lama kami lepak kat cafe makan pelan-pelan dan sembang-sembang. Memang best CCCsebab kalu di KL kami kadang-kadang sibuk tak boleh duduk minum lama-lama dan bersembang. Jadi bila pergi bercuti gunakan lah masa sebaik-baiknya untuk kita sekeluarga. Lagi satu...Kalau pergi kursus mana boleh lepak lama2 macam ni. he he hee....
Menu di sini ok banyak pilihan
Sarapan pagi di cafe Paramaount
Selepas sarapan kami naik semula ke hotel. Berkemas-kemas sebab jam 11 pagi kawan husband aku akan ambil kami untuk ke jeti. Tiket ke Kapit jam 12 tengahari. Kami mesti berada di sana 1/2 jam lebih awal. Selepas habis berkemas kami ke Wisma Sanyan sekali lagi dengan teksi sebab tak mau berpeluh. Lepas round2 dalam shopping kompleks tu aku order pizza big saiz untuk makan dalam ferri. Mengikut Jadual perjalanan ke Kapit memakan masa 3 Jam. Agak2 dalam feri tentu lapau ni...L

Tepat jam 11pg kami check out. Tak ada apa2 bayaran lebihan dikenakan. Aku memang cadangkan kalu jalan2 kat sibu menginaplah di sini sebab selesa murah dan makanan halal. Kami diperkenalkan dengan kawan husband aku mr... seorang taukeh kedai buku yang sungguh baik dan berbudi bahawa. Mr.. telah menghantar kami terus ke Terminal Bot Express Sibu (jeti Sungai Rajang). Dekat jer rupanya, bersebelahan dengan Pasar Central.

Sampai di sana kami terus ke meja daftar untuk mendaftar nama dan i/c sebelum masuk ke dalam feri. Kami mengambil tiket perjalanan terus ke kapit.. Jimat masa. Semasa melalui susur masuk ke feri kami lihat sungai Rajang ni tercemar dengan sampah dan warna airnya pekat macam teh susu. Dalam feri selesa tapi terlebih sejuk. Ala2 feri kat Langkawi. Tapi panjang macam tiub. Satu pengalaman yang menarik adalah tandas feri. Anak2 aku tergelak-gelak. katanya air sentiasa macam dipam dalam tandas tu direct ke sungai.
Pemandangan dalam feri kelas 1. Papa duk tempat Kelas 2
Sepanjang perjalanan menuju ke Kapit, berbagai pemandangan yang dapat kami lihat, mungkin tak ada di tempat lain. Sungai Rajang ni luas, kiri kanan penuh dengan pohon2 hijau. Kadang2 terdapat perkampungan.  Ada titi mungkin tempat mandi atau tempat naik ke perahu sebab sungai adalah laluan utama bagi penduduk di Kapit.

Setelah puas duduk dalam feri selama 3 jam, pukul 3 petang kami selamat sampai ke Kapit. Terminal Kapit sederhana kecil sama seperti terminal di pulau perhentian. Apa yang membezakan adalah kesibukannya. kerana laluan utama ke Kapit adalah sungai. Dulu katanya ada pesawat kecil Fokker F50 tapi kini tinggal kenangan.

Pemandangan rumah panjang dari dalam feri
Jeti Kapit - Cikgu kuek pemanddu pelancong kami, Papa yang pikul beg, Nurul dan sara  
Cuaca semasa kami sampai agak panas. Perit juga rasa muka kami dibakar panas matahari. Tapi tak menghalang kami untuk berposing sakat. Bukan selalu datang kannn. May be pertama dan terakhir. Haa.. nak cerita sikit.. masa agenda menurunkan barang-barang. Huu...memang gerun sedikit bagi yang tak biasa. Untuk menyeberang dari bot ke jeti hanya diberi sebatang kayu papan sebagai titian. Hu hu hu... Kalau jatuh agak2 timbul ke?? K.. Dalam tau.. Dah lah kena bawa beg baju yang berat sekampit beras tu.. Bila lalu titi tersebut aku teringat zaman kecil2 berlari2 bermain di batang paip yang dijadikan titi taliair.. J..



Lebih kurang pukul 4.30 petang semua selamat naik ke jeti Kapit dan kami terus bergerak ke Hotel Meligai. Sampai di Hotel seperti biasa aku serahkan no booking ID. Di sini aku tempah 2 bilik sebab bilik dia kecil. Anak aku dah mula pet pot pet pot. He he hee... Namapun Ulu Serawak mana ada hotel 4 ke 5 bintang. Aku bagi tau mereka yang penting ada penghawa dingin dan water heatter. Hotel ni selesa hanya kurang cantik ajer....JCikgu Kuek yang jadi pemandu pelancong kami memberi masa 1/2 jam untuk simpan barang dan solat jamak. Jam 5 petang kami diminta turun untuk minum petang di warong berdekatan.
Hotel Meligai Kapit

Tepat jam 5 petang kami turun ke bawah dan berjalan kaki aje ke warong berdekatan. Makan goreng pisang panas. Sedap..C..Tapi air meragukan so kami pesan air kotak.

Lepas minum petang kami balik ke hotel. Konon2nya nak berehat... tapi kawan husband pulak ajak round2 di kampung sekitar. Seronok gak tengok bermacam-macam bentuk rumah, ada yang besar... ada yang kecil... ada yang senget dan macam2lah. Ingatkan rumah kampung aje... tapi rumah teres dan bunglo pun banyak. Kapit dah maju oiii... Bila lalu bersebelahan dengan tebing sungai Rajang memang seram tapi cantik sangat. Sayup  ke bawah. Teringat masa zaman2 90an di laluan Raub.

Jam 7 malam kami balik ke hotel. Mandi dan bersiap2 untuk makan malam. Cikgu Kuek dah tempah 'Dinner' di warong ustaz. Malam ni kami dihidangkan dengan ikan darat kukus Sg. Rajang, sup kulat campur telor dan ayam goreng penyet. Fullamak. terbaik. Kami makan sampai tak boleh tunduk....J Jam 10 kami balik ke hotel. Sebelum beredar cikgu kuek mengingatkan jam 6.30 pagi kami diminta turun untuk bersarapan...  Penat + mengantuk...Bye...ISelamat malam Kapit..m
BERCUTI DI BANDAR SIBU (SIRI 1)

 21 April 2016.... Kami sekeluarga akan terbang ke Sibu untuk sesi percutian yang agak 'advanture' kali ini...QJ. Dari malam tadi aku asyik  berkemas supaya tiada yang tertinggal terutama camera dan telefon. Tepat Jam 4 pagi kami bertolak ke KLIA 1 dalam kadaan santai. Sampai di sana suasana sepi... tenang... parking pun banyak. Pilih saje mana nak. Selepas puashati dengan pilihan parking supaya mudah bila balik nanti tak lah jauh nak angkut barang ke kereta. Selepas itu kami semua lepas-lepak kat KFC... ada yang order burger, ayam atau twiter tapi aku pilih bubur. Sedap n tak terjebak dengan lebihan colestrol J.
Jam 5.00 pagi kami masuk ke boarding room. Tepat jam 6.00 pagi Air Asia pilihan kami bergerak ke Malaysia Timur menuju ke Sibu Sarawak. Masa tempah tiket, aku telah tempah sekali sarapan pagi. Tapi kannn... menu dia kurang sikit lah. Anak-anak kurang gemar.
Di subuh hari
Pemandangan dibahgaian hadapan Airport Sibu






Lebih kurang 1 jam 1/2 dalam penerbangan tiba2 telinga aku mula sakit. Huu, nasib... jarang aku kena macam ni. Tepat jam 8.00 pagi kami selamat mendarat di airport Sibu. Masa dalam perjalanan ke Imigresen barulah telinga ni ok. Airport Sibu...Emmm.. Ok. Tak besar... Tak kecil. Macam Airport Labuan. Masuk ke dalam aiport warga kami ada yang terus ke toilet jadi kamilah yang paling akhir daftar. Sehinggakan pegawai kat airport yang baik hati tu... tolong bawakan beg kami yang dah lama terpusing-pusingJ. Anak-anak aku hairan kenapa kena isi dokumen macam masuk Indon atau Thailand. Menurut pegawai Imigresen yang bertugas, itu memang prosuder biasa dan berpesan kepada kami supaya simpan keratan dokumen tersebut sebab masa balik kena tunjukkan semula. Kalu tak... JKL...

Sambung sarapan kat cafe Sibu
Oleh kerana masa awal lagi kami lepak kat cafe airport. Kecil aje... Tapi macam-macam ada. Kami cuba teh tarik dan mee goreng basah. Weh... sedaplah... mee goreng basah kat sibu ni. hargapun ok macam kat warong2 di KL.

Lepas sarapan pukul 9.30 pagi kami ambil teksi terus ke bandar sibu menuju ke Paramount Hotel dengan bayaran tambang RM35.00. Jarak antara airport ke Paramount Hotel lebih kurang 24.5km. Ambil masa 40 minit. Sampai di sana jam 10.30 pagi aku terus ke kaunter bagi no booking ID Agoda. Alhamdulillah... kami terus dapat bilik. Bila melangkah masuk ke bilik hotel tersebut (Familiy Suite.. RM247.00 semalam) Wow... cantiklah kata anak-anak aku. Ada 2 ruangan bilik ... Bilik utama 1 katil king, bilik ke 2 katil single 2 unit. Dua2 ruangan ada tv dan almari tetapi berkongsi peti sejuk dan bilik air. Memang cukup selesa.
Ada 2  ruang bilik yang berasingan, sungguh selesa
Jam 3.00 petang.... Woiii!!! MBangun2 ... "Jom kita jalan-jalan cari makan". Lapau nii.. Sebelum datang hari tu memang aku dah google survey tempat makan tapi bila sampai tak tau pulak mana nak cari. Selepas bersiap-siap kami turun ke bawah... Cuba jalan2 di sekitar hotel, mula2 jumpa kedai mamak, Anak2 tak mau katanya menu tak berapa mengancam. Ok!... kita cari tempat lain. Seberang jalan ada kedai melayu. Kami menuju ke situ. Tengok menu. Boleh tahan. Aku makan nasi lauk ikan masak asam dengan sayur goreng bercili. Anak-anak masih order mee goreng basah. Sedapnya komen dia orang lagi. Wah nampaknya anak-anak aku dah jatuh cinta dengan mee goreng basah kat sibu ni..
Mee goreng basah made in Sibu

Lepas makan, kami ke Wisma Senayan. Dekat aje. Kami jalan kaki lebih kurang 15 minit. Enjoy.. jugak jalan-jalan sambil tengok bandar sibu. Kami Posing kat tugu angsa yang tak berapa nak berseri. Air pancut pun x buka. Tapi kata orang kalu datang kat sibu tak bergambar kat sini tak lengkaplah  pulak.

Wisma Senayan besar dan cantik. Bangunan tertinggi di Borneo dan juga mercu tanda Bandar Sibu. Macam-macam ada kat sini tapi agak mahal berbanding harga kat KL. Kami cari air mineral dan jajan selebihnya cuci mata jer. Lepas pusing-pusing dalam wisma tu kami balik ke hotel. Anka-anak aku sambung tengok TV dan terlelap lgi. Hu hu hu... Diaorang ni nak jalan ke nak tido..K

Malam hari kami lepak kat bawah hotel. Ada macam-macam makanan dijual di sini. Anak bongsu aku, Maisarah  tak join. Tido lagi. keletihan. Aku pesan kuew teo dan teh. Yang lain pesan satey. Satey selebihnya kami bungkus. Rasanya ..Ok lah... Malam ini kami tido awal. Bye... I..Selamat malam Sibu...m

Monday 14 March 2016

PERCUTIAN DI GOLD COST MORIB INTERNATIONAL RESORT

PERCUTIAN DI GOLD COST MORIB INTERNATIONAL RESORT (2H1M)

kolam mandi yang sederhana
Tiket dah lama aku beli dengan harga pekej RM300.00. 2 unit. Tapi kerana sibuk dengan tugasan akhirnya pada  20 Disember 2015 (Ahad) aku baru berjaya book . Oleh kerana jatuh pada hari cuti sekolah maka 1 bilik kena tambah RM100.00. Maka jadilah RM250 seunit.

Aku pakat dengan kawan karib aku. Diapun booking 2 unit. Jadi memang meriah sungguh bercuti ramai-ramai. Anak-anak aku memang teruja nak ke sana. Tapi sayang, sorang tak dapat pergi so aku offer kat kawan-kawan bujang dia. Jumlah kami ke sana 14 Dewasa 2 Kanak-kanak.
bilik 
jakuzi

20 Disember 2015
Kami bertolak jam 12.30 tengahari dan sampai 3.00 petang. Fullamak!!! Parking penuh. Cari-cari dapatlah kat hujung pagar. Time check in tak la ramai orang sebab dah agak lewat masuk. Kami dapat bilik yang bersebelahan dan berhadapan. Bilik aku dan anak-anak dara mengadap kolam. Bilik anak bujang mengadap parking.
Sara x sabar nak mandi

Sampai... Em... sabar aje. Jeng... jeng... jeng... First, Pintu bilik aku tak boleh buka. Nasib baik budak-budak mentainance lalu so mintak tolong. Pas tu econ tak fungsi... Tunggulah diorang betulkan. Aku dan familiy gi bilik sebelah (bilik kawan aku) kami kenduri nasi lemak. Bila pintu dah boleh buka... tak boleh kunci pulak... Sampai ke balik tak boleh kunci. Tahap kebersihan tandas pun kurang memuaskan.

Bila bilik dah seattle, kami terus simpan barang dan solat. Lepas tu apa lagi ke kolam lah kami. Walaupun macam-macam hal berlaku semasa nak masuk tadi tapi bukan lah alasan untuk tidak enjoy. Rugikan dah datang bayar mahal-mahal kannn......

Anak-anak aku memang enjoy terutama yang bongsu pantang jumpa air. Mula lah nak tunjuk skill berenang dia. My Heaven pun sama. Letih jugalah melayan budak-budak ni. Tup-tup jiran kami pun bercuti sama. haa.. Inilah jodoh namanya. Lebih kurang pukul 6.00 petang kami naik ke bilik.
Bersama anak2 CN dan anak2 jiran

Time for 'Jakuzi'. Apalagi anak-anak aku lepas bilas badan berendam pulak kat jakusi dalam bilik air. Buka tingkap sambil tengok TV. Hanya tak berapa best kolam jakuzi tu macam tak berapa ok. Air tak penuh sangat. Bocor!!! Tapi oklah lah bila ada gelebuk2... suka benar diaorang. My Heaven letih agaknya. lepas main kolam terus baring.

Dinner Time
Lepas magrib, kami ke bawah cari lokasi yang stratergik untuk berBBQ. Tapi menurut jaga kat situ, kawasan pantai gold cost tak boleh berBBQ. Maka kami keluar ke pantai Morib. Akhirnya kami sampai satu lokasi tepi pantai berdekatan dengan banglo tinggal.. Emm seram tengok bunglo ni penuh dengan pokok2. Tentu lama sangat dah terbengkalai. 

Mula2 My Heavan dan husband kawan aku cadangkan berBBQ kat depan banglo tu... Eiiii kami semua geleng kepala... seramlah macam ada orang pandang kat kami ajeee...

Kami tinjau-tinjau.. Haa seberang padang depan banglo betul2 tepi pantai memang cantik berBBQ. Tapi satu lagi cabaran.... Untuk sampai ke situ yang memang baik punya pot kami terpaksa melalui longkang yang beralaskan batu muat2 tayar aje. Fullamak kalau aku yang drive agak2 masuk longkang dah... Tabik My Heaven.

Sampai saja kami gotong royong pasang tempat berBBQ. Aku dan kawan aku... macam biasa lah jadi tukang masak. Kami goreng nuggert & udang dahulu. 1/2 jam kemudian kami dah boleh mula bakar ayam dan ikan. Enjoy betul malam tu... berlebih-lebih pulak bekal yang kami bawa.




Tu dia Tukang masak kami!!!

Sementara kami sibuk berBBQ, budak2 ni main kasut roda. Ada pot menyewa kasut roda kat situ rupanya. Yang pandai ok lah enjoy, yang tak pandai hu hu huu.. gedebak gedebuk jatuh...

Pukul 12.00 tengahmalam kami berkemas dan balik ke hotel. Aku jeling2 gak kat banglo tinggal tu... Misteri betul lah tempat tu. Anak aku dan anak buah buah aku agak nakal sikit. Diambilnya beberapa gambar dalam banglo tu. Nak buat experiment agaknya. Tapi gambar tu dah entah ke mana.

Makanan lebihan aku bagi kat anak-anak bujang. Diaorang nak sambung makan lagi lepas berendam dalam jakusi. Agenda aku balik terus tidur. Penatlah dari siang tadi jadual padat. Pas tu jadi chef pulak.


21 Disember 2015
Aku kejutkan anak-anak bangun solat dan bersiap untuk ke dewan makan. Anak-anak bujang tak nak join nak sambung tidur so aku bawa anak2 dara aje. Siap dah mereka dengan pakaian mandi.

Sampai di dewan makan, anak2 aku agak terkejut sebab tempat makan dalam khemah. Aku relex je sebab dah baca serba sedikit dalam blog. Sibongsu kena bayar RM21 (harga kanak2) Kupon makan untuk 4 orang aje.

Bila masuk ke dalam dewan makan aku pulak terkejut. Apa taknya... Dengan harga dewasa RM38, makan berat hanya 2 sahaja... nasi lemak dan mee goreng. Lain2 roti, dim sum, kuih, kek dan buah2. Bagi aku memang mahal.

Lepas makan kami bergambar, berselfie dan seterusnya sambung agenda semalam main kolam. Kali ni aku berlumba dengan sibongsu panjat tangga main gelongsor air. Tak tau berapa kali. Penat jugaklah. My Heaven sambung lepak kat bilik.

Pukul 10 pagi aku arahkan semua naik ke bilik berkemas. Bukan apa... dah tentu2 bidak=budak ni sambung agenda jakusi pulak... kan betul. Akhirnya tepat jam 12.00 kami check out. Kesimpulannya enjoy betul anak2 aku kalau pergi bercuti di tempat2 yang ada kolam dan tub. Aku dan My Heaven biasa jerlah tapi seronok bila tengok diorang enjoy.

Belanja Hangus

Tiket +++ RM250 x2                -       RM500.00
Minyak petrol                          -       RM60.00
BBQ                                        -       RM70.00
Sarapan pagi Kanak2 (1)          -        RM21.00
Bujang roti canai 6 keping       -        RM6.00
Susu kotak  (2)                        -        RM10.00
Milo 3in1                                  -        RM8.00
Koko Crunch (1)                        -        RM15.00
Lunch                                       -        RM40.00
                                                          _______
Total                                                 RM730.00
                                                          -----------