JOM KITA MENYUSURI SUNGAI RAJANG KE KAPIT
SIRI
2
22 April
2016.... Di Sibu Subuh awal sejam dari waktu di KL. Seawal jam 5pg lah kami kena bangun
solat subuh. Jam 6.30 pagi dah terang benderang, kami turun ke bawah untuk
sarapan. Pakej sarapan yang kami terima adalah 4 dewasa jadi hanya Maisarah sahaja yang kami bayar. Sungguh jimat. Menu sarapan.... Semua anak-anak aku puas hati. banyak juga pilihan. Alhamdulillah sedap dan halal (JAKIM). Lama kami
lepak kat cafe makan pelan-pelan dan sembang-sembang. Memang best CCCsebab kalu di KL kami kadang-kadang sibuk tak boleh duduk minum lama-lama dan bersembang. Jadi bila pergi bercuti gunakan lah masa sebaik-baiknya untuk kita sekeluarga. Lagi satu...Kalau pergi kursus mana
boleh lepak lama2 macam ni. he he hee....
![]() |
Menu di sini ok banyak pilihan |
![]() |
Sarapan pagi di cafe Paramaount |
Tepat jam 11pg kami check out. Tak ada apa2 bayaran lebihan
dikenakan. Aku memang cadangkan kalu jalan2 kat sibu menginaplah di sini sebab
selesa murah dan makanan halal. Kami diperkenalkan dengan kawan husband aku
mr... seorang taukeh kedai buku yang sungguh baik dan berbudi bahawa. Mr..
telah menghantar kami terus ke Terminal Bot Express Sibu (jeti Sungai Rajang).
Dekat jer rupanya, bersebelahan dengan Pasar Central.
Sampai di sana kami terus ke meja daftar untuk mendaftar nama
dan i/c sebelum masuk ke dalam feri. Kami mengambil tiket perjalanan terus ke
kapit.. Jimat masa. Semasa melalui susur masuk ke feri kami lihat sungai Rajang
ni tercemar dengan sampah dan warna airnya pekat macam teh susu. Dalam feri
selesa tapi terlebih sejuk. Ala2 feri kat Langkawi. Tapi panjang macam tiub.
Satu pengalaman yang menarik adalah tandas feri. Anak2 aku tergelak-gelak.
katanya air sentiasa macam dipam dalam tandas tu direct ke sungai.
![]() |
Pemandangan dalam feri kelas 1. Papa duk tempat Kelas 2 |
Sepanjang perjalanan menuju ke Kapit, berbagai pemandangan yang
dapat kami lihat, mungkin tak ada di tempat lain. Sungai Rajang ni luas, kiri kanan penuh dengan pohon2 hijau. Kadang2 terdapat perkampungan. Ada titi mungkin tempat mandi atau tempat naik ke perahu sebab sungai adalah laluan utama bagi penduduk di Kapit.
Setelah puas duduk dalam feri selama 3 jam, pukul 3 petang kami
selamat sampai ke Kapit. Terminal Kapit sederhana kecil sama seperti terminal
di pulau perhentian. Apa yang membezakan adalah kesibukannya. kerana laluan utama
ke Kapit adalah sungai. Dulu katanya ada pesawat kecil Fokker F50
tapi kini
tinggal kenangan.
![]() |
Jeti Kapit - Cikgu kuek pemanddu pelancong kami, Papa yang pikul beg, Nurul dan sara |
Lebih kurang pukul 4.30 petang semua selamat naik ke jeti Kapit dan kami terus bergerak ke Hotel Meligai. Sampai di Hotel seperti biasa aku serahkan no booking ID. Di sini aku tempah 2 bilik sebab bilik dia kecil. Anak aku dah mula pet pot pet pot. He he hee... Namapun Ulu Serawak mana ada hotel 4 ke 5 bintang. Aku bagi tau mereka yang penting ada penghawa dingin dan water heatter. Hotel ni selesa hanya kurang cantik ajer....JCikgu Kuek yang jadi pemandu pelancong kami memberi masa 1/2 jam untuk simpan barang dan solat jamak. Jam 5 petang kami diminta turun untuk minum petang di warong berdekatan.
Tepat jam 5 petang kami turun ke bawah dan berjalan kaki aje ke
warong berdekatan. Makan goreng pisang panas. Sedap..C..Tapi air meragukan so
kami pesan air kotak.
Lepas minum petang kami balik ke hotel. Konon2nya nak berehat...
tapi kawan husband pulak ajak round2 di kampung sekitar. Seronok gak tengok
bermacam-macam bentuk rumah, ada yang besar... ada yang kecil... ada yang
senget dan macam2lah. Ingatkan rumah kampung aje... tapi rumah teres dan bunglo
pun banyak. Kapit dah maju oiii... Bila lalu bersebelahan dengan tebing sungai
Rajang memang seram tapi cantik sangat. Sayup
ke bawah. Teringat masa zaman2 90an di laluan Raub.
Jam 7 malam kami balik ke hotel. Mandi dan bersiap2 untuk makan malam. Cikgu Kuek dah tempah 'Dinner' di warong ustaz. Malam ni kami dihidangkan dengan ikan darat kukus Sg. Rajang, sup kulat campur telor dan ayam goreng penyet. Fullamak. terbaik. Kami makan sampai tak boleh tunduk....J Jam 10 kami balik ke hotel. Sebelum beredar cikgu kuek mengingatkan jam 6.30 pagi kami diminta turun untuk bersarapan... Penat + mengantuk...Bye...ISelamat malam Kapit..m
No comments:
Post a Comment