PERCUTIAN DI GOLD COST MORIB INTERNATIONAL
RESORT (2H1M)
kolam mandi yang sederhana |
Tiket
dah lama aku beli dengan harga pekej RM300.00. 2 unit. Tapi kerana sibuk
dengan tugasan akhirnya pada 20 Disember
2015 (Ahad) aku baru berjaya book . Oleh kerana jatuh pada hari cuti sekolah maka 1 bilik
kena tambah RM100.00. Maka jadilah RM250 seunit.
Aku pakat dengan kawan karib aku. Diapun booking 2 unit. Jadi memang meriah sungguh bercuti ramai-ramai. Anak-anak aku memang teruja nak ke sana. Tapi sayang, sorang tak dapat pergi so aku offer kat kawan-kawan bujang dia. Jumlah kami ke sana 14 Dewasa 2 Kanak-kanak.
bilik |
jakuzi |
20 Disember 2015
Kami
bertolak jam 12.30 tengahari dan sampai 3.00 petang. Fullamak!!! Parking penuh.
Cari-cari dapatlah kat hujung pagar. Time check in tak la ramai orang sebab dah
agak lewat masuk. Kami dapat bilik yang bersebelahan dan berhadapan. Bilik aku dan anak-anak dara
mengadap kolam. Bilik anak bujang mengadap parking.
Sara x sabar nak mandi |
Sampai... Em... sabar aje. Jeng... jeng... jeng... First, Pintu bilik aku tak boleh
buka. Nasib baik budak-budak mentainance lalu so mintak tolong. Pas tu
econ tak fungsi... Tunggulah diorang betulkan. Aku dan familiy gi bilik sebelah (bilik kawan aku) kami kenduri nasi lemak. Bila pintu dah boleh buka... tak boleh kunci
pulak... Sampai ke balik tak boleh kunci. Tahap kebersihan tandas pun kurang
memuaskan.
Bila
bilik dah seattle, kami terus simpan barang dan solat. Lepas tu apa lagi ke
kolam lah kami. Walaupun macam-macam hal berlaku semasa nak masuk tadi
tapi bukan lah alasan untuk tidak enjoy. Rugikan dah datang
bayar mahal-mahal kannn......
Anak-anak aku memang enjoy terutama yang bongsu pantang jumpa air. Mula lah nak tunjuk
skill berenang dia. My Heaven pun sama. Letih jugalah melayan budak-budak ni.
Tup-tup jiran kami pun bercuti sama. haa.. Inilah jodoh namanya. Lebih kurang
pukul 6.00 petang kami naik ke bilik.
Bersama anak2 CN dan anak2 jiran |
Time
for 'Jakuzi'. Apalagi anak-anak aku lepas bilas badan berendam pulak kat jakusi
dalam bilik air. Buka tingkap sambil tengok TV. Hanya tak berapa best kolam
jakuzi tu macam tak berapa ok. Air tak penuh sangat. Bocor!!! Tapi oklah lah
bila ada gelebuk2... suka benar diaorang. My Heaven letih agaknya. lepas main
kolam terus baring.
Dinner
Time
Lepas
magrib, kami ke bawah cari lokasi yang stratergik untuk berBBQ. Tapi menurut jaga
kat situ, kawasan pantai gold cost tak boleh berBBQ. Maka kami keluar ke pantai
Morib. Akhirnya kami sampai satu lokasi tepi pantai berdekatan dengan banglo
tinggal.. Emm seram tengok bunglo ni penuh dengan pokok2. Tentu lama sangat dah terbengkalai.
Mula2 My Heavan dan husband kawan aku cadangkan berBBQ kat depan banglo tu... Eiiii kami semua geleng kepala... seramlah macam ada orang pandang kat kami ajeee...
Mula2 My Heavan dan husband kawan aku cadangkan berBBQ kat depan banglo tu... Eiiii kami semua geleng kepala... seramlah macam ada orang pandang kat kami ajeee...
Kami tinjau-tinjau.. Haa seberang padang depan banglo betul2 tepi pantai memang cantik berBBQ. Tapi satu lagi cabaran.... Untuk sampai ke situ yang memang baik punya pot
kami terpaksa melalui longkang yang beralaskan batu muat2 tayar
aje. Fullamak kalau aku yang drive agak2 masuk longkang dah... Tabik My Heaven.
Sampai saja kami gotong royong pasang tempat berBBQ. Aku dan kawan aku... macam biasa lah jadi tukang masak. Kami goreng nuggert & udang dahulu. 1/2 jam kemudian kami dah boleh mula bakar ayam dan ikan. Enjoy betul malam tu... berlebih-lebih pulak bekal yang kami bawa.
Sampai saja kami gotong royong pasang tempat berBBQ. Aku dan kawan aku... macam biasa lah jadi tukang masak. Kami goreng nuggert & udang dahulu. 1/2 jam kemudian kami dah boleh mula bakar ayam dan ikan. Enjoy betul malam tu... berlebih-lebih pulak bekal yang kami bawa.
Tu dia Tukang masak kami!!!
Sementara kami sibuk berBBQ, budak2 ni main kasut roda. Ada pot menyewa kasut roda kat situ rupanya. Yang pandai ok lah enjoy, yang tak pandai hu hu huu.. gedebak gedebuk jatuh...
Pukul
12.00 tengahmalam kami berkemas dan balik ke hotel. Aku jeling2 gak kat banglo
tinggal tu... Misteri betul lah tempat tu. Anak aku dan anak buah buah aku agak nakal sikit. Diambilnya beberapa gambar dalam banglo tu. Nak buat experiment agaknya. Tapi gambar tu dah entah ke mana.
Makanan lebihan aku bagi kat anak-anak
bujang. Diaorang nak sambung makan lagi lepas berendam dalam jakusi. Agenda aku balik terus tidur. Penatlah dari siang tadi jadual padat. Pas tu jadi chef
pulak.
Aku kejutkan anak-anak bangun solat dan bersiap untuk ke dewan makan. Anak-anak
bujang tak nak join nak sambung tidur so aku bawa anak2 dara aje. Siap dah mereka dengan pakaian
mandi.
Sampai
di dewan makan, anak2 aku agak terkejut sebab tempat makan dalam khemah. Aku relex
je sebab dah baca serba sedikit dalam blog. Sibongsu kena bayar RM21 (harga kanak2) Kupon makan untuk
4 orang aje.
Bila
masuk ke dalam dewan makan aku pulak terkejut. Apa taknya... Dengan harga dewasa
RM38, makan berat hanya 2 sahaja... nasi lemak dan mee goreng.
Lain2 roti, dim sum, kuih, kek dan buah2. Bagi aku memang mahal.
Lepas
makan kami bergambar, berselfie dan seterusnya sambung agenda semalam main
kolam. Kali ni aku berlumba dengan sibongsu panjat tangga main gelongsor air.
Tak tau berapa kali. Penat jugaklah. My Heaven sambung lepak kat bilik.
Pukul
10 pagi aku arahkan semua naik ke bilik berkemas. Bukan apa... dah tentu2 bidak=budak ni sambung agenda jakusi pulak... kan betul. Akhirnya tepat jam 12.00 kami
check out. Kesimpulannya enjoy betul anak2 aku kalau pergi bercuti di tempat2
yang ada kolam dan tub. Aku dan My Heaven biasa jerlah tapi seronok bila tengok
diorang enjoy.
Belanja Hangus
Tiket +++ RM250 x2 - RM500.00
Minyak petrol - RM60.00
BBQ - RM70.00
Sarapan pagi Kanak2
(1) - RM21.00
Bujang roti canai 6
keping - RM6.00
Susu kotak (2) - RM10.00
Milo 3in1 - RM8.00
Koko Crunch (1) - RM15.00
Lunch - RM40.00
_______
Total RM730.00
-----------
No comments:
Post a Comment